Banyak nikmat tuhan kurniakan kepada kita manusia kan? Jangan lupa untuk bersyukur. Lagi banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat yang akan Tuhan kurniakan. Alam semula jadi merupakan salah satu nikmat tuhan kepada kita. Cik Melati cukup cair kalau tengok alam semula jadi sebab kadang-kadang kita dapat tengok sesuatu yang diluar akal kita. Cukup besar bukti kekuasaan-Nya.
Post dekat facebook pulak bertema kisah sebenar. Ahh kalau dah tema kisah sebenar,, macam-macamla yang akan dikongsi AHAHA. Bohongla kalau tak pernah langsung korang alami kesedihan sepanjang hidup korang. Bayangkan adik Cik Melati masa dia umur 3 tahun pon dah pandai stress sebab banyak benda buat dia sedih katanya huhuhu sian betul adik aku.
Cik Melati kongsikan salah satu yang membuatkan Cik Melati sedih yang masih teringat lagi sampai sekarang. Even benda dah lama berlaku, tapi masih memberikan kesan dalam diri Cik Melati sendiri iaitu Cik Melati susah nak percayakan orang even best friend sendiri. Mungkin orang akan cakap kita ego tetapi dia lebih kepada berhati-hati.
Post Facebook Saya:
Pos Facebook Rakan-Rakan:
Noted ya yang saya ni bukan jenis berdendam. Sejahat mana pon yang saya kena tak pernah sekali saya balas balik. Tapi cukuplah benda ni yang membuatkan kita lebih peka dan dijadikan asam garam dalam kehidupan. Saya pon masih berkawan ja dengan semua dalam keadaan baik-baik sahaja dan masih bertanya khabar. Jangan risau okiee
Perkongsian oleh Prof Dr. Normaliza Abd Halim, di laman DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) bertajuk 'Drama Korea: Realiti atau Fantasi' merupakan suatu perkongsian yang sangat menarik. Prof berkongsi segala ilmu yang beliau ada untuk dikongsi kepada orang ramai.
First thing first, memang terkejut jugak Prof ni dah tengok beratus-ratus bahkan mungkin beribu drama Korea. Banyak betol Prof tengok lebih daripada aku. Jadi sekarang macam aku kena start tengok balik drama Korea. ahahaha...
Aku setuju dengan pendapat Prof, yang korea ni banyak hasilkan kisah yang benar yang betul2 berlaku. Jadi, penghasilan drama ini dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada penonton khusunya. Bahkan, untuk membenarkan seseorang pelakon itu dapat memegang watak dengan baik, mereka sanggup pergi ke kelas atau hospitaal untuk belajar dan melihat sendiri keadaan yang berlaku pada waktu tu untuk diaplikasikan dalam lakonan mereka nanti.
Jalan penceritaan yang simple juga dapat mewujudkan perasaan tenang ketika menonton drama tersebut kerana tidak ramai yang suka melihat drama dengan jalan penceritaan yang complicated. Al maklumlah bila dah penat dengan urusan harian mestilah kita nak tengok drama yang menenangkan ja ..ye idok?
Kalau korang nak tengok perkongsian penuh oleh Prof dekat sini aku lampirkan link Youtube
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA
Ni pulak aku tinggalkan beberapa komen semasa live DBP.
Rujukan :Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Nahh..video apa pulak kitaorang kena buat niii..haa yang ni bagi aku menarik sebab kitaorang kena buat video tragedi. Video tragedi ini berbeza ya dengan video seram. Kitaorang ada idea yang menarik dalam menghasilkan video tragedi.
Kejap! Nak tanya ni..korang pernah tengok movie 'Truth Or Dare' tak? Haa gerun kan? Jadi kita orang dapat idea berdasarkan movie tu laa..harap2nya video yang kitaorang hasilkan ini tidaklah spoilkan korang. We really did our best!!
Link Youtube: https://youtu.be/l_tFr7K2HLg
Jadi, apa pendapat korang tentang video yang dihasilkan? Jangan lupa komen di bawah yaa :)
Ni pulak twit di twitter tentang kesedaran. Sekali sebut kesedaran, saya cuma fikir yang kita sedar kita melakukan kesalahan dan keluar daripada terus melakukan kesalahan tersebut. Boleh jagi jugak kita sedar daripada khayalan kita. Jom baca apa yang membuatkan seseorang itu wujudnya perasaan kesedaran dalam diri mereka.
Posting di instagram kalini pulak berkaitan perubahan. Bila sebut tentang perubahan, saya yakin yang semua daipada kita ada impian untuk berubah menjadi lebih baik. Jadi dekat bawah , Cik Melati kongsikan posting yang berkaitan perubahan.
Post Instagram Saya :
Post Instagram Rakan-Rakan:
Bila baca posting kawan-kawan ni banyak benda rupanya yang membuatkan kita berubah..ada yang kelakar dan ada yang tersentuh.
Assalamualaikum semuanyaa..semoga anda semua sihat kehendakNya
Macam biasa saya dan kawan-kawan diberi tugasan untuk membuat posting di facebook, instagram dan twitter. Untuk posting di facebook kena bagi teka-teki yaa. Tapi awal-awal lagi Prof dah pesan jangan ambil teka-teki yang semua orang tahu..Haa pulak dah nk kena mereka teka-teki.
Jom semua cuba jawab teka-teki Cik Melati dan kawan-kawan dekat bawah ni.
Teka-teki kawan-kawan
Siapa cakap kita orang tak pandai mereka teka-teki? Korang yang baca posting ni dapat jawab tak semua tu? hahaah goodluck <3