Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Asas Grafik Dalam Multimedia

 Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


       

Elemen Asas Grafik

Mudah

Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Mudah juga membolehkan sesuatu gambaran tersebut daat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Sebagai contoh, gambar iklan air coke beserta teks “Hanya RM 1” dengan latar belakang kosong. Berdasarkan iklan tersebut, kita mudah memahami bahawa mereka ingin mempromosikan air coke pada harga RM1 sahaja.

Warna

Warna dapat didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video. Grafik yang wajar tidak melebihi penggunaan tiga warna, namun terdapat banyak warna yang didapati dalam kebanyakan foto dan video bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, penggunaan warna kuning pada lambang, merah (bungkusan) dan hitam (menunjukkan air coke) dalam kebanyakkan iklan McDonald bagi memfokuskan mesej yang hendak disampaikan.

Teks

Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan teks juga diambil kira sebagai pemahaman terhadap grafik. Ketiga-tiga elemen ini digunakan agar mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dan difahami dengan baik. Kebiasaannya penggunaan saiz font bagi teks yang agak panjang adalah berbeza dengan penggunaan saiz yang besar terhadap perkara yang hendak difokuskan dan sedikit kecil terhadap teks-teks sampingan. Misalnya, perkataan ‘MIX & MATCH’ dalam iklan McD ditulis dengan menggunakan saiz font yang besar agar dapat dibaca dan pengguna berminat untuk membelinya.

Kesesuaian

Kesesuaian dalam grafik bermaksud sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto mahupun video. Sebagai contoh, sebuah gambar yang ditangkap dengan berlatarkan tumbuh-tumbuhan, pokok, matahari adalah sesuai dengan konsep yang hendak diketengahkan iaitu konsep ketenangan.

Keseimbangan 

Keseimbangan ialah ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kanan, kiri, atas dan bawah. Kesemua ruang ini digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan foto atau video yang dihasilkan itu adalah seimbang dan tidak berat sebelah. Keseimbangan bukan sahaja antara gambar tetapi juga melibatkan warna dan teks yang digunakan. Contohnya, sebelah kiri terdapat seorang perempuan sedang berlari dengan diikuti tulisan teks pada sebelah kanan. Maka, gambar tersebut diseimbangkan dengan penggunaan teks.


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang



 

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


 

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

 

 

 

PRA-ANDAIAN

 

EMOSI

 

NILAI DAN BUDAYA

 

BAHASA

 

INFERENS

1.Intuisi              2. Konteks          

 

 

Penerimaan/  

       Penafian    

Keperluan

Perujukan

Anafora

Pengulangan

Kekaburan

Penegasan                       

1. Positif               

2. Negatif          

3. Emosi bercampur

 

Perangai

Personaliti

Mood

Motivasi                                       

1. Diri                     

2.Masyarakat        

3. Adat                                                   

 

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

                

1. Bahasa pertama/ kedua/ketiga                        2.  Formal/  tidak formal

3.Kesalahan bahasa

4.Linguistik    

1. Rumusan

  Keseluruhan

2. Rumusan       topik perbincangan

3. Penutup kata


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

 

Huraian:

 

1. Pra-andaian ialah apa yang dianggap penutur telah maklumi dengan pasti oleh pendengar. Pra-andaian terbahagi kepada dua iaitu intiusi dan konteks. Intuisi bermaksud gerak hati iaitu kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual. Konteks pula bermaksud ayat yang menentukan atau menunjukkan erti perkataan yang terkandung dalamnya.

 

2. Emosi merujuk kepada perasaan seseorang. Terdapat tiga jenis emosi yakni emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Kesemua jenis perasaan ini akan muncul dalam keadaan yang tertentu. Contohnya, emosi gembira muncul apabila sesuatu yang baik berlaku dan emosi negatif seperti ketika sedang marah.

 

3. Nilai dan budaya merupakan idea tentang apa yang baik, benar dan adil. Budaya bermaksud tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia dan nilai pula dalam konteks ini boleh didefinisikan sebagai darjat, kualiti, mutu dan taraf. Nilai dan budaya ini dapat dilihat dalam diri, masyarakat dan adat seseorang. Antara contoh dan nilai ialah jujur, baik hati, hormat menghormati dan sebagainya.

 

4. Bahasa adalah sistem yang terdiri daripada pembangunan, pengambilalihan, penyelenggaraan dan penggunaan sistem komunikasi yang kompleks. Ianya juga dikenali sebagai linguistik. Terdapat pelbagai jenis bahasa seperti bahasa pertama, bahasa kedua, bahasa ketiga, bahasa formal dan tidak formal. Kesemua jenis bahasa ini diungkapkan mengikut kesesuaian situasi ketika hendak menggunakan sesuatu bahasa itu. Sebagai contoh, bahasa rasmi digunakan ketika dalam situasi rasmi dan bahasa tidak rasmi digunakan dalam situasi harian seperti ketika bersembang.

 

5. Inferens bermaksud kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta (asas) tertentu. Inferens pula terbahagi kepada tiga iaitu rumusan keseluruhan, topik perbincangan dan penutup kata. Ini bermakna inferens dilakukan dengan membuat rumusan akan apa yang difahami tentang sesuatu topik atau perbincangan itu sama ada secara keseluruhan atau mengikut sub-sub. Inferens mestilah penerangan berlandaskan penerangan yang munasabah dan logik.

 

 


 

 

 

Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU IB

 Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

 

Watak

Latar tempat

Latar masa

Latar masyarakat

Emosi postif atau negatif

 

WATAK

1) Alim

2) Nenek dan Datuk

3) Ibu dan bapa

4) Aisyah

5) Abang Imran dan Kak Madinah

 

LATAR TEMPAT

 

WATAK

LATAR TEMPAT DAN CONTOH

ALIM

1) Kereta - Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai

2) Reban ayam dan itik - Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik.

3) Reban - Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis tepi reban (emosi negatif)

4) Rumah nenek dan datuk - Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan dari biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. (emosi negatif)

5) Ruang tamu - Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar dalam televisyen (emosi positif)

Nenek dan datuk

1) Reban ayam dan itik - Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

2) Rumah nenek dan datuk - Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim

3) Dapur - Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

Ibu dan Bapa

1) Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

2) Dapur - Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersaa abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

Aisyah

1) Kereta - Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

2)  Ruang tamu - Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar dalam televisyen

Abang Imran dan Kak Madinah

1) Abang Imran dan Kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk

2)  Ruang tamu - Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar dalam televisyen

LATAR MASA

 

-  Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

LATAR MASYARAKAT

CONTOH

Masyarakat kampung

- Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang

- Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang.

EMOSI

CONTOH

Positif

Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar dalam televisyen

Negatif

- Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis tepi reban (emosi negatif)

 

- Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan dari biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. (emosi negatif)

  _____________________________________________________________________________                  



RUJUKAN

 Normaliza Abd Rahim (2019).Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, Penerbit UMT, Kuala Neru.


BBM3410-2021-MINGGU 1A

 ---Assalamualaikum WBT--


TENTANG PENULIS


Bismillahirrahmanirrahim. 

Tak kenal maka tak cinta, itulah pepatah yang sering kita dengar dalam hidup kita. Jadi sebelum aku membebel dengan panjang jom kita berkenalan dulu.

Nama diberi Zaidatul Akma Binti Yazid (203935). Lahir pada tanggal 14 Oktober 1999. Aku merupakan anak keempat dari enam adik beradik. Anak jati Pulau Pinang jati dan sekarang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

    



    Setelah menamatkan pengajian di peringkat STPM pada tahun 2019, aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam bidang bahasa. Ramai jugak yang tanya aku kenapa dalam banyak-banyak kos, aku ambik kos bahasa Melayu? Aku tak tahu nak cakap macam mana..Kenapa? Kolot sangat ka pelajar yang ambil kos bahasa melayu ni?


Terus terang dari awal aku memang tiada niat untuk mengambil kos ini. Iya la aku kan ambik kos sains dan agama masa sekolah menengah dulu. Tapi sepanjang aku belajar bagi aku subjek yang paling susah untuk aku skor ialah subjek Bahasa Melayu. Mungkin kedengaran pelik..tapi itulah aku. Budak Melayu tapi tak pandai nak skor ke? Dari dulu aku tak suka bahasa Melayu sebab aku tak reti nak buat karangan. Susah sangat nak dapat idea untuk buat karangan. Aku sendiri tak faham hahaha.  Aku rasa sepanjang hidup aku, aku boleh kira berapa kali ja aku dapat A dalam subjek ni.


Semenjak aku menjejakkan kaki di Tingakatan 6, aku jumpa dengan cikgu bahasa Melayu. Cikgu bahasa Melayu aku sangat baik dan aku suka cara dia mengajar dengan penuh keikhlasan. Benda apa yang tak faham tanya ja semua dia jawab. Macam ayah-ayah sangat ;). Dari situ aku mula jatuh hati dengan subjek ni dan berjaya skor A dalam setiap semester. Alhamdulillah.
Dan niat aku nak meneruskan pelajaran dalam bidang bahasa ni sebab aku nak jadi pensyarah kemudian nak keluarkan buku sendiri dan membantu orang-orang yang menghadapi masalah yang sama dengan aku dulu.


    Alhamdulillah sekarang dah 4 sem aku belajar di UPM. Banyak pengalaman pahit manis yang berlaku tapi aku yakin dan percaya apa yang berlaku atas ketentuan-Nya untuk mematangkan aku. Aku harap cita-cita aku untuk menjadi seorang pensyarah Bahasa Melayu akan menjadi kenyataan. Aaminn


Jadi untuk adik-adik diluar sana jangan pernah malu bila kita sambung kos Bahasa Melayu ni. Kita kena bangga sebab kita yang akan memartabatkan bahasa Melayu di masa hadapan.




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1.  BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GR...