Tuesday, June 29, 2021
BBM3410-2021- MINGGU 14- SEPI (INSTAGRAM)
Sunday, June 27, 2021
BBM3410- 2021- MINGGU 14- RESENSI BUKU
BBM3410-2021- MINGGU 14- TEMU BUAL
Hello gaiss...harini saya nak kongsikan satu video temu bual yang dihasilkan iaitu Tiktok: Baik atau Buruk.
Wey bila dah diberi tugasan untuk buat temu bual dengan tajuk bebas..saya dah start blurr dah. Alamak!! Nak buat tajuk apa ni? Nak iv sapa pulak time2 pkp ni? Aduhh macam-macam yang aku fikir.
Tup2 dapat idea hmm why not aku temu bual adik aku jaa pasal tiktok. Iya la tiktok ni kan memang semua dah tahu tambah2 di zaman sekarang ni. Aku tau ramai ja orang dekat luar sana tu yang berbahas tentang tiktok ni ada cakap baik ada cakap buruk. Bagi aku sendiri tiktok ni ada pros and cons dia tersendiri. Jadi aku pon cuba nak dapatkan maklum balas dari adik aku.. nah korang tengok la yaa.
Tuesday, June 22, 2021
BBM3410-2021- MINGGU 13- SUASANA (INSTAGRAM)
BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI
Hai semua pembacaku sekalian..rasanya dah lama jugak tak post dekat blog ni, tapi bila tgok balik ehh minggu lepas pon ada post jugak laa..apo la saya ni. Iya la sebelum ni seminggu tu banyak jugak benda nk kena post, tapi sekarang seminggu sekali ja al maklumlah dh nak habis sem kan huhu
Ishh melalut panjang pulak..dalam semua orang tengah busy nak siapkan proposal disertasi, tiba2 kami dapat tugasan untuk tengok live dekat fb atau ig dbp yg bertajuk Misteri Kopi. Kami sebagai pelajar yang baik semua menjalankan amanah yanh diberikan dengan baik.
Jadi dalam rancangan sembang tamu ni, tetamu jemputan ialah Dr. Alia Roslan. Best la bila dengar orang yg berpengalaman dan suka minum kopi ni bercakap. Suka bila beliau kongsikan kisah beliau minum pelbagai jenis kopi dari dalam dan luar negara. Walaupun saya bukanlah peminat kopi (tak pernah minum kopi) tapi saya tak nafikan bau kopi memang sangat2 best. Bau dia tu harum sampai ke dalam ni haa. Sebab tu saya pernah berkeinginan nak bekerja di cafe sebagai barista hahahaha, sebab rasa best. Tambah pulak bila tengok cerita Korean banyak scene diaorang berlakon dekat cafe huhu.
Jadi berbalik kepada sembang tamu Misteri Kopi, Dr. Alia memberitahu kopi ni memang benda pertama yang paling best adalah bau dia tu sendiri. Sebab setiap kopi ada aroma yang menarik. Kemudian, Dr jugak ada bg tau yang kopi ni sebenarnya meningkatkan metabolisma badan. Jadi untuk korang yang nak pergi hiking tu cubalah minum kopi manatau turun naik nanti korang mendaki sebab best hahahaha.
Perkongsian yang lebih mendalam berkaitan Misteri Kopi ni korang boleh tengok dekat link yt di bawah yaa
Link Youtube: https://youtu.be/d-q-toRLmD4
Bukti kehadiran:
Wednesday, June 16, 2021
BBM3410-2021- MINGGU 12- KEINDAHAN (INSTAGRAM)
Hello semua pembacaku. Sihat tak semua? Tau semua mesti stress sebab kita tengah PKP kan?
Tapi demi menyahut seruan kerajaan kita untuk stay at home demi kepentingan bersama, sanggup aku ikuti. Saya harap semua masih setia stay at home yaa. Jangan keluar kalau tak ada urusan penting, okiee...
Sekarang saya nak sharekan post istagram pada minggu ini yang bertemakan Keindahan. Wow! Sebut keindahan macam-macam terlintas dekat fikiran ni. Tapi perkara pertama yang Cik Melati fikir when it comes to beauty is stars. Saya sangat suka tengok bintang dan bulan. Siapa rasa bila tengok bintang tu dia pon terfikir indahnya ciptaan tuhan yang satu ni. Even dalam kegelapan malam, kita masih ditemani oleh gerlipan bintang dan cahaya bulan. Sebab tu Cik Melati suka sangat-sangat tengok bintang. Korang pulak apa yang dirasakan indah? Share la dekat bawah yaa
Post Intagram Saya:
Post Instagram Rakan-Rakan:
Wednesday, June 9, 2021
BBM3410-2021- MINGGU 11- ALAM SEMULA JADI (TWITTER)
Banyak nikmat tuhan kurniakan kepada kita manusia kan? Jangan lupa untuk bersyukur. Lagi banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat yang akan Tuhan kurniakan. Alam semula jadi merupakan salah satu nikmat tuhan kepada kita. Cik Melati cukup cair kalau tengok alam semula jadi sebab kadang-kadang kita dapat tengok sesuatu yang diluar akal kita. Cukup besar bukti kekuasaan-Nya.
Twit Saya:
Twit Rakan-Rakan:
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GR...
-
---Assalamualaikum WBT-- TENTANG PENULIS Bismillahirrahmanirrahim. Tak kenal maka tak cinta, itulah pepatah yang sering kita dengar dalam...
-
Asas Grafik Dalam Multimedia Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggun...
-
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GR...



























