Tuesday, June 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI

 Hai semua pembacaku sekalian..rasanya dah lama jugak tak post dekat blog ni, tapi bila tgok balik ehh minggu lepas pon ada post jugak laa..apo la saya ni. Iya la sebelum ni seminggu tu banyak jugak benda nk kena post, tapi sekarang seminggu sekali ja al maklumlah dh nak habis sem kan huhu 

Ishh melalut panjang pulak..dalam semua orang tengah busy nak siapkan proposal disertasi, tiba2 kami dapat tugasan untuk tengok live dekat fb atau ig dbp yg bertajuk Misteri Kopi. Kami sebagai pelajar yang baik semua menjalankan amanah yanh diberikan dengan baik.


Jadi dalam rancangan sembang tamu ni, tetamu jemputan ialah Dr. Alia Roslan. Best la bila dengar orang yg berpengalaman dan suka minum kopi ni bercakap. Suka bila beliau kongsikan kisah beliau minum pelbagai jenis kopi dari dalam dan luar negara. Walaupun saya bukanlah peminat kopi (tak pernah minum kopi) tapi saya tak nafikan bau kopi memang sangat2 best. Bau dia tu harum sampai ke dalam ni haa. Sebab tu saya pernah berkeinginan nak bekerja di cafe sebagai barista hahahaha, sebab rasa best. Tambah pulak bila tengok cerita Korean banyak scene diaorang berlakon dekat cafe huhu.


Jadi berbalik kepada sembang tamu Misteri Kopi, Dr. Alia memberitahu kopi ni memang benda pertama yang paling best adalah bau dia tu sendiri. Sebab setiap kopi ada aroma yang menarik. Kemudian, Dr jugak ada bg tau yang kopi ni sebenarnya meningkatkan metabolisma badan. Jadi untuk korang yang nak pergi hiking tu cubalah minum kopi manatau turun naik nanti korang mendaki sebab best hahahaha.


Perkongsian yang lebih mendalam berkaitan Misteri Kopi ni korang boleh tengok dekat link yt di bawah yaa 




Link Youtube: https://youtu.be/d-q-toRLmD4


Bukti kehadiran: 













No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1.  BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GR...