RINGKASAN CERITA SOSIAL 2 - SAYA YANG ISTIMEWA
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Cerita sosial 2 yang bertajuk 'Saya yang Istimewa' menceritakan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Alim yang mempunyai sikap yang sangat baik. Alim mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak ketiga. Abang Alim bernama abang Imran, kakaknya pula bernama Kak Madinah dan adiknya bernama Aisyah. Mereka tinggal bersama-sama ibu dan ayah di rumah. Terdapat banyak pengajaran dan nilai murni yang diperoleh daripada cerita ini. Pada suatu hari, Ayah Alim telah membawa pulang banyak jenis buahan-buahan seperti buah manggis, buah durian, buah rambutan, buah langsat dan banyak lagi. Ayah Alim membeli kesemua buah-buahan ini di pasar tani kerana dia tahu bahawa kesemua anak-anaknya suka akan buah-buahan itu. Ayah Alim menyuruh abang Imran memanggil ahli keluarga yang lain untuk makan bersama dan mereka mula menikmati buah-buahan itu dengan teruja. Situasi ini menjelaskan bahawa kita perlu sentiasa bersama dalam melakukan apa-apa sahaja. Secara tidak langsung, ahli keluarga dapat meluangkan masa bersama ketika melakukan aktiviti bersama-sama walaupun ketika sedang makan.
Seterusnya, Ibu juga telah menyediakan bakul sampah dan berpesan kepada anak-anaknya untuk meletakkan sampah di dalam bakul yang disediakan ibu Alim sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata. Ibu Hal ini dapat menunjukkan bahawa ibu Alim seorang yang sangat mempraktikkan sifat sentiasa menjaga kebersihan diri dan rumah.
Akhir sekali, Alim seorang anak yang sungguh baik terhadap jiran- jiran. Sikap ini dapat dilihat apabila Alim bertanyakan soalan kepada ibunya adakah boleh dia memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman, jiran dan kawan Alim. Setelah mendapat kebenaran untuk berkongsi, ibu Alim mengasingkan buah tersebut ke dalam plastik dan kemudian memberikannya kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana dia tahu akan sikap ahli keluarga itu yang suka berkongsi barang atau makanan. Setelah selesai mengemas rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman ketika sedang membuang sampah. Mak Cik Timah sekali lagi mengucapkan terim kasih kepada Alim dengan wajah yang sedih. Alim memberitahu bahawa mereka seharusnya sentiasa berbuat baik dengan jiran kerana itu merupakan perbuatan yang baik. Keadaan ini menunjukkan bahawa ibu dan bapa Alim berjaya menerapkan sikap yang baik dengan sentiasa berbudi baik kepada semua orang.
Kesimpulannya yang dapat kita ambil melalui cerita ini ialah kita haruslah sentiasa mempraktikkan sikap yang baik sesama manusia dan sesama jiran. Sikap ini merupakan sikap yang terpuji dan Allah suka akan hambanya yang sentiasa berbuat baik sesama manusia, malah diberikan ganjaran pahala sepertimana diterangkan dalam nas berikut:
Firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 134 yang bermaksud: “… dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
No comments:
Post a Comment