BBM3410-2021- MINGGU 3- MUG SHOT
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
NOTA : Mug shot adalah sejenis asas fotografi yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. asas ini kebiasannya dilakukan ketika sedang mengambil gambar untuk kad pengenalan dan passport. Namun begitu, penggunaan video dengan menggunakan asas ini adalah tidak sesuai.
MODEL : Zaidatul Akma binti Yazid
a)
MUGSHOT
EMOSI: GEMBIRA
HURAIAN : Model dalam emosi yang baik pada ketika ini. Model senyum lebar sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya ketika menangkap gambar.
b)
MUGSHOT
EMOSI: SEDIH
HURAIAN: Model berasa sedih ketika diambil gambar. Hal ini berkemungkinan kerana model sudah lapar dan tiada mood untuk sesi fotografi.
MUGSHOT
EMOSI: TAKUT
HURAIAN: Model berasa takut apabila terlihat seekor lipas terbang di atas kepala. Nasib baik lipas tersebut dipukul oleh salah seorang staf yang berada di situ.
d)
MUGSHOT
EMOSI: GERAM
HURAIAN: Model sangat tertekan kerana makanan yang ditempah masih belum sampai. Keadaan bertambah buruk kerana dia tidak mahu makan makanan lain melainkan makanan yang dipesan sahaja.
e)
MUGSHOT
EMOSI: MARAH
HURAIAN: Muka model menunjukkan reaksi yang menakutkan kerana marah. Model marah kerana melihat beberapa orang sedang makan di hadapannya.
f)
MUGSHOT
EMOSI:TERKEJUT
HURAIAN: Model sangat terkejut apabila menerima sejambak bunga daripada penghantar misteri. Dalam masa yang sama, model juga berasa sangat gembira dan tidak mampu menyembunyikan senyumannya.
g)
MUGSHOT
EMOSI: KETAWA
HURAIAN: Model mula ketawa apabila dapat tahu bahawa bunga itu hanyalah sebagai prop bukan dari peminat misteri. Model tidak mampu menahan ketawa lagi.
COMEL! TAPI SAYA GERAM LA TENGOK EMOSI GERAM TU HAHAHA
ReplyDeleteHUHU SAYA TERPAKSA HAHAHAHA
DeleteComel sis😍😍😍
ReplyDeleteHaih hat ni pun... cantik woi
ReplyDeleteAlahaaaiii comel nyAAA
ReplyDelete