Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 3- BAHASA ISYARAT

 PENGISIAN CELIK BAHASA ISYARAT DEWAN BAHASA PUSTAKA






KREDIT DBP

LINK: https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24


Celik Bahasa Isyarat yang disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP yang bersiaran langsung pada 6 April 2021, Selasa jam 10.00 pagi. 


Perkongsian ini merupakan satu perkongsian yang amat menarik dan bagaimana Prof sendiri berminat untuk mempelajari bahasa isyarat. Prof Normaliza mula mempelajari bahasa isyarat apabila beliau melihat sekumpulan remaja berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat di sebuah tempat membeli belah. Beliau sangat tertarik sehingga mempelajari sedikit demi sedikit melalui aplikasi twitter. Beliau juga menekankan bahawa beliau bukanlah seorang profesional dalam bahasa isyarat tetapi cukup sekadar mengetahui bahasa ini bagi memudahkan komunikasi dengan orang kelainan upaya terutamanya. Apa yang menariknya apabila Prof hanya memerlukan masa selama 2 bulan sahaja untuk belajar bahasa ini di samping faktor umur kerana beliau mula belajar agak lembat. Tetapi, semangat yang ditunjukkan oleh Prof dalam mempelajari bahasa isyarat ini sangat mengagumkan.


    Beliau juga melakukan eksperimen dengan menggunakan bahasa isyarat bagi melihat apakah reaksi orang awam terhadap penggunaan bahasa isyarat ini. Eksperimen ini dilakukan di sebuah pusat membeli belah. Beliau mendapati bahawa ramai orang awam melihat sepintas lalu apakah yang sedang dilakukan oleh beliau ketika berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Beliau juga mengajar beberapa bahasa isyarat kepada penonton yang menonton Celik Bahasa Isyarat.


    Akhir sekali, beliau juga mencadangkan agar bahasa isyarat ini diajarkan di semua peringkat pengajian sebagai mata pelajaran sampingan. Saya sangat bersetuju dengan cadangan Prof kerana pembelajaran bahasa isyarat ini diperlukan agar kita dapat berkomunikasi dengan orang kelainan upaya dan tidak meminggirkan mereka. Kita juga secara tidak langsung dapat membantu memahami mereka terutamanya ketika berlaku kecemasan.


    Berikut merupakan perkongsian penuh tentang Celik Bahasa Isyarat yang dikongsi oleh Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim. Semoga bermanfaat :)



BUKTI KEHADIRAN


1 comment:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1.  BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GR...