Saturday, April 3, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- ASAS GRAFIK-KESESUAIAN-DIEZ

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET

 



 

ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Ketenangan

RUJUKAN : (2020). Instagram: 9gag. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CIaCt0CHhsQ/?igshid=hwox8jfxlibu

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan seorang kanak-kanak sedang meniup seruling di taman bunga. Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat menghayati bunyi alunan seruling yang dialunkan olehnya tanpa sebarang gangguan. Taman yang dipenuhi dengan bunga berwarna merah dan ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mewujudkan suasana yang harmoni. Sesiapa yang melihat gambar tersebut dapat merasa ketenangan kerana alam semula jadi tidak dapat dipisahkan dengan unsur ketenangan.

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET



ELEMEN     : Kesesuaian

TEMA          : Sukan Dan Rekreasi

RUJUKAN : (2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada Ms.morefit.eu website:https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimg.morefit.eu%2FFitness%2FTraining%2F454545784.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fms.morefit.eu%2Fkelebihan-berjoging-di-petang%2F&tbnid=XVJCeOWm7qsVJM&vet=12ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ..i&docid=iXCLt461Kb2kzM&w=630&h=420&q=GAMBAR%20ORANG%20BERJOGGING&ved=2ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ

HURAIAN  : Gambar tersebut menunjukkan wanita yang sedang berjoging di sebuah pantai. Gambar tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen kesesuaian kerana ia bersesuaian dengan latar tempat pada ketika itu iaitu sebuah taman. Taman merupakan tempat yang bersesuaian untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti antaranya adalah dengan larian setempat ataupun jogging. Wanita tersebut juga mengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan iaitu pakaian sukan. Latar masa yang digunakan juga bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan iaitu pada waktu petang. Oleh itu dapat disimpulkan, gambar berkenaan menepati elemen kesesuaian.


 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET



ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pelajar

RUJUKAN : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=pelajar+universiti&tbm=isch&ved=2ahUKEwj3w5rk39_vAhUeG7cAHYsnBVQQ2-cCegQIABAA&oq=pelajar+universiti&gs_lcp=CgNpbWcQAzICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAOgQIIxAnOgQIABBDOgUIABCxAzoICAAQsQMQgwFQm0ZYxGxguW9oAHAAeAKAAe0EiAGFJJIBCzEuOC40LjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=HCdnYPfFDp623LUPi8-UoAU#imgrc=W-g4I3wVMIguVM

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar universiti perempuan sedang membaca buku di sebuah perpustakaan. Pelajar tersebut yang memakai baju casual,  membaca buku di meja dan suasana di belakang menunjukkan rak-rak buku yang banyak, amat sesuai sekali situasinya.

 

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET



ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA        : Minuman

RUJUKAN:(2020). Diakses pada April 2, 2021, daripada Foodbusinessnews.net website: https://www.foodbusinessnews.net/ext/resources/2020/1/Starbucks2020Bevs_Lead.jpg?t=1578409533&width=1080


HURAIAN : Secara jujurnya, gambar di atas sangat menarik dan berjaya memukau audiens dengan penggunaan warna yang menarik. Namun gambar tersebut diletakkan di bawah elemen kesesuaian kerana pemilihan warna dan gambar latar yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, gambar pertama dengan latar berwarna merah jambu berserta kacang membawa maksud air berperisa Almondmilk Honey Flat, gambar kedua berperisa Coconutmilk Latte dan Oatmilk Honey Latte bagi gambar ketiga. Jadi elemen kesesuaian merupakan elemen pemberat bagi gambar di atas.

 

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET

 


ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Keluarga

RUJUKAN :Internet, Redaksi. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/ZVuMVpQeaTmiqReB6

HURAIAN :Berdasarkan gambar di atas, sebuah keluarga sedang berkelah di taman. Hal ini menunjukkan ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak. Terdapat makanan yang dihidang dan disertai barangan permainan seperti bola. Ini menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain dalam gambar tersebut. Gambar ini jelas menunjukkan kegembiraan sebuah keluarga yang dapat meluangkan masa bersama pada waktu cuti.

  

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA    : Pemandangan (Orang)

RUJUKAN : Emma. (2019, October 9). Emma's Edition. Retrieved from HOW TO POSE AT A PUMPKIN PATCH: https://www.emmasedition.com/2019/10/how-to-pose-at-a-pumpkin-patch.html

HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan di atas menunjukkan tiga orang wanita di lading labu. Elemen-elemen dalam gambar tersebut daripada watak sehingga latar kawasan saling melengkapi antara satu dengan lain. Daripada gabungan elemen-elemen ini, audiens dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penyunting.

 

 

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET

 


ELEMEN     : Kesesuaian

TEMA          : Makanan

RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/723672233873486371/

HURAIAN  : Gambar di atas menunjukkan tentang makanan yang sering dibawa untuk berkelah. Setiap bahan dalam gambar di atas seperti makanan dan bakul sangat bersesuaian antara satu sama lain untuk menaikkan lagi semangat berkelah. Selain itu, kedudukan makanan dan bakul sangat bersesuaian dengan latar tempat. Walau bagaimanapun, dalam gambar di atas juga jelas menunjukkan bahawa suasana pada waktu petang sangat sesuai untuk berkelah atau bersantai-santai.

 

 

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET

 



ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Kegembiraan

RUJUKAN : Internet. Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,

https://www.pinterest.com/pin/313633561551317601/

HURAIAN : Gambar di atas menerangkan tentang tiga orang kanak-kanak sedang bermain di tepi pantai. Kanak-kanak tersebut berlari dengan berkaki ayam sambil menunjukkan riak wajah yang gembira. Langit yang cerah dan redup menunjukkan suasana waktu petang yang mendamaikan. Suasana waktu petang yang mendamaikan itu jelas menyebabkan kanak kanak tersebut sangat gembira bermain di tepi pantai.


 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET

 



ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Alam sekitar

RUJUKAN : Limau, S. (26 Januari, 2017). 5 Sebab Aktiviti Berkebun Bagus Untuk Kanak-Kanak. Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://siraplimau.com/5-sebab-aktiviti-berkebun-bagus-untuk-kanak-kanak/

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang sedang berkebun di lama rumah mereka. Seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan sedang diajar oleh ibu bapa mereka tentang cara untuk berkebun. Hal ini kerana aktiviti berkebun sangat bagus untuk kanak-kanak kerana mereka dapat belajar menghargai dan menikmati hasil tanaman sendiri. Gambar ini jelas menunjukkan bahawa keluarga tersebut berasa gembira dapat meluangkan masa melakukan aktiviti berkebun bersama-sama.

 

 

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET



ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Pemandangan

RUJUKAN : Bagiinfo. (2018). Diakses pada 2 April,2021. daripada  https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=j2sug9%2fu&id=8FA39DF73F1C6817FBBCCE8B8ECC6F26213AC001&thid=OIP.j2sug9_uyqGwleVnRgk-GgHaEV&mediaurl=https%3a%2f%2fi0.wp.com%2fbagiinfo.com%2fwp-content%2fuploads%2f2016%2f09%2fgambar-pemandangan-pantai-dengan-penginapan-unik.jpg%3fresize%3d1037%252C607&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR8f6b2e83dfeecaa1b095e56746093e1a%3frik%3dAcA6ISZvzI6Lzg%26pid%3dImgRaw&exph=607&expw=1037&q=pemandangan+pantai&simid=607997803880728795&ck=86AC6C5DB5CDD06F9ABAB4AA5FAFA7DF&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan pemandangan di pantai dengan beberapa rumah di atas air.  Air yang sangat biru dapat menenangkan jiwa. Apabila rasa tertekan, tempat ini sangat sesuai untuk melepaskan tekanan. Apabila balik dari percutian, sudah pasti tidak dapat dilupakan pemandangan tersebut.






BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI



ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Pemandangan

RUJUKAN  : Gambar sendiri

HURAIAN  : Gambar di atas menunjukkan gambar pantai pada waktu malam. Gambar tersebut diambil di Tanjung Lipat, Sabah. Pemandangan pada waktu malam sangat cantik. Apabila menatap kembali gambar ini, saya akan berasa sangat tenang dan perasaan ingin kembali lagi ke sana sangat kuat.


BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 



ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Alam semulajadi

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan lima orang remaja perempuan yang berada di Bukit Ekspo, UPM pada waktu pagi. Kelima-lima remaja perempuan tersebut sedang menikmati keindahan pancaran cahaya matahari. Hal ini dapat dilihat pada wajah mereka semua yang berasa gembira ketika menikmati sinaran matahari di waktu pagi. Gambar ini sesuai dikatakan yang mereka berasa seronok kerana pergi ke Bukit Ekspo pada hari tersebut dan keseronokan tersebut jelas terpancar di wajah mereka.

 

BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 


ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Ketenangan

RUJUKAN  : Gambar sendiri

HURAIAN  : Gambar di atas merupakan gambar dua orang perempuan sedang berkelah di tepi tasik.  Terdapat perkelahan, makanan dan minuman yang diletakkan di atas tikar kecil. Mereka sedang Menyusun makanan dan minuman sebelum menikmati perkelahan mereka. Suasana yang redup menunjukkan mereka duduk di bawah pokok yang rendang. Keadaan ini memberi ketenangan kepada mereka untuk menikmati perkelahan tersebut.

 

BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI



ELEMEN     : Kesesuaian

TEMA          : Gadis Melayu

RUJUKAN  : Gambar sendiri

HURAIAN  : Gambar di atas jelas menunjukkan gambar seorang gadis melayu yang anggun dan manis. Gambar gadis di atas yang berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana kampung  sangat bersesuaian. Selain itu, sesiapa yang memandang wajah gadis ini pasti akan berasa tenang dan selesa dengan mukanya yang manis. Gadis di dalam gambar di atas juga mengenakan pakaian yang sesuai iaitu baju kurung dan tudung yang sopan sesuai dengan perwatakannya.

 


BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 


 

ELEMEN  : Kesesuaian

TEMA     : Pemandangan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar menampakkan elemen kesesuaian. Hal ini demikian kerana, daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa latar tempat dan latar masanya mempunyai kaitan yang bersesuaian. Daripada gambar tersebut, audiens faham bahawa penyunting cuba menyampaikan mesej mengenai keadaan senja kawasan tersebut. Keadaan langit yang gelap dan dengan adanya cahaya matahari sewaktu petang memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang keadaan tersebut.

 

BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 

     


 

ELEMEN    : Teks

TEMA         : Hari Graduasi

RUJUKAN  : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian graduasi di sekolah. Ini menunjukkan mereka sedang menyambut Hari Graduasi setelah tamat pengajian di Tingkatan Enam. Kombinasi baju dan jambangan bunga menunjukkan kesesuaian dengan hari tersebut. Tempat dan masa mempunyai latar yang bersesuaian antara satu sama lain.

 

BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 


 

ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Alam semula jadi

RUJUKAN  : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas jelas menunjukkan elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini dikaitkan dengan tema yang dibincangkan. Dengan latar belakang pokok nyior yang tinggi rampai dan banyak dapat menunjukkan keindahan alam semula jadi serta memukau audiens yang melihat gambar tersebut.

 


BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI



 

ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pelajar

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar perempuan yang sedang berada di makmal komputer. Gambar ini juga memfokuskan bahawa pelajar tersebut sedang tekun menelaah buku sambil jarinya menaip ini pad kekunci komputer. Gambar ini jelas menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang tekun membuat kerjanya dan elemen kesesuaian dapat ditunjukkan dalam gambar ini.


BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 


 

ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Kehidupan

RUJUKAN  : Gambar sendiri

HURAIAN  : Gambar tersebut menunjukkan seorang individu yang memakai pelitup muka. Hal ini dikatakan demikian kerana dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Bagi Langkah berjaga-jaga, individu tersebut telah memakai pelitup muka ketika berada di lokasi tumpuan orang ramai. Hal ini telah menunjukkan bahawa aksi atau tindakan individu tersebut adalah sesuai dengan latar tempat dan waktu.

 

BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI

 


ELEMEN    : Kesesuaian

TEMA         : Ketenangan

RUJUKAN : Gambar Sendiri

HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan orang ramai sedang duduk dan berbual sambil menikmati minum petang di sebuah kafe. Gambar berkenaan merangkumi elemen kesesuaian. Hal ini demikian kerana perbuatan minum kopi dan menikmati minum petang merupakan perbuatan yang bersesuaian untuk dilakukan dalam situasi diatas. Di mana situasi tersebut melibatkan latar tempat iaitu sebuah kafe yang merupakan tempat untuk bersantai dan menikmati minuman serta makanan.

 

 

Carta Organisasasi Elemen Kesesuaian

 

Ketua : Akma 203935

Penolong : Hidayah 203937

Editor : Hapizah 2033936

Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 2 : Anis 203012

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Adreana 204113

AJK Semakan : Vivian 202967

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1.  BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GR...