Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 9- VIDEO SERAM- DIEZ

 RUJUKAN  : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Okay aku janji ni post last aku untuk kalini. Tapi untuk minggu ni ja tau, ada banyak lagi tugasan tengah otw hahahha. Jadi korang pembaca setia mohon bersabar okiee.

Baca tajuk post pon macam seram sejuk huhu. Wow bagi aku video ni agak mencabar untuk dihasilkan. Manakan tidak aku ni tak boleh benda-benda macam ni sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Macam-macam idea keluar time Prof bagi tugasan ni. Ada yang nak kena meracau la apa la, jadi combinedkan semua idea dan hasilkan satu video. Mantaps bethol idea kawan-kawan aku ni. Haa mesti korang tak sabar nak tengok kan hasilnya?? Banyak sangat berleter aku ni.


Taraaaa...ni video yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan kami. Selamat menonton. Kalau korang penakut jangan lupa baca dulu ya. Apa-apa benda yang berlaku bukan di bawah tanggungan kami.



Link Youtube: https://youtu.be/xy3JMWmF2SU


Haa mantapkan lakonan. Lepasni semua pakat-pakat pergi audition untuk jadi pelakon hahahaha. Tapi memang gempak. Even banyak halangan at first dengan kekangan masa, then dengan pengunguman total lockdown la stress betul sem ni. Tapi kami berjaya hasilkan video ni. Tahniah DIEZ. So proud of us.


KEHADIRAN


BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Hari ini aku nak kongsi nota berkaitan taksonomi dan pendekatan startegi komunikasi. Terdapat banyak teori yang dijelaskan oleh para pengkaji berkaitan 'Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi' antaranya ialah Tarone (1977), Johstone (1989) dan tidak lupa juga Prof.Dr. Normaliza Abd Rahim (2018). Setiap tokoh ini menjelaskan tentang pembahagian tajuk tersebut. Di bawah ini aku lampirkan video slide bertajuk: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.



Link Youtube: https://youtu.be/x9u-34jInmc



Okay itu sahaja dari aku. Semoga kalian semua memperoleh manfaat dari apa yang aku nak kongsikan :). Eh tapi aku ada lagi satu post untuk minggu ni..tengok sebelah yaa hahaha


KEHADIRAN:




BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 Di twitter pon kitaorang kena twit sesuatu yang berkaitan kemanusiaan. Bila Prof beri tugasan ni tiada lain yang aku fikir cuma kejadian yang berlaku di Palestin. Aku berssyukur dengan hakikat bahawa sudah ramai yang membuka mata dengan kebenaran yang berlaku di Palestin. Selama berabad mereka diperbodohkan dengan media yang pro-yahudi, sekarang mereka mula memprotest tindakan kejam Israel ke atas rakyat di Palestin. Ini semua berkat media sosial. Jadi nasihat aku, gunalah medium yang kita ada ni sebagai tempat yang menunjukkan perkara yang betul dan bukan sebaliknya.


Jadi macam biasa, dekat bawah ni aku akan kongsi twit aku dan kawan-kawan aku.


Twit saya:





Twit rakan-rakan:







BUKTI KEHADIRAN:




BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

 Okay ni pon tugasan minggu ke-9 kitaorang. Tugasan ni pulak aku dan kawan-kawan kena buat post dekat instagram yang bertajuk kesilapan.

Aku yakin sebagai seorang manusia tiada siapa pon yang sempurna kerana itulah apa yang diciptakan oleh Allah agar hambanya sentiasa merendah diri. Jadi di bawah ni aku akan share beberapa post yang dibuat oleh aku dan rakan-rakan.


Post ig saya:




Post IG rakan-rakan:







BUKTI KEHADIRAN:





BBM3410-2021- MINGGU 9- PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)



Minggu sembilan, banyak betul assg Prof bagi minggu ni, dengan videonya lagi. Redhaa hahahah jangan complain. In shaa Allah moga apa yang aku buat sekarang akan beri manfaat di masa hadapan. Jadi harini aku akan kongsikan tugasan minggu ke-9 iaitu pantun 4 kerat dan update di facebook.

Wuish first time ni aku post pasal pantun. Al maklum lah aku bukan jenis yang pandai berpantun. Namun demi subjek multimedia aku gagahkan jua. Jadi dekat bawah ni aku ss beberapa pantun yang dibuat oleh aku dan kawan-kawan aku yang lain. 


Laman Facebook saya:



Laman Facebook kawan-kawan:







BUKTI KEHADIRAN:








 

Friday, May 21, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- VIDEO ONE SHOT-DIEZ

RUJUKAN  : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.



 Hai semua salam hujung minggu...korang tahu tak terkejut betul Prof bagi kitaorang shot lagu guna kaedah one shot. Wuish apa pulak one shot ni?


Jadi video one shot ni bermaksud pengambilan video dengan sekali intake sahaja. Video one shot terbahagi kepada tiga jenis iaitu;


1) one shot one layer 

2) one shot two layer 

3) one shot three layer 


Di bawah ni Cik.Melati nak tunjukkan contoh video one shot yang kumpulan Diez hasilkan.







Link : https://youtu.be/8EHGkUZtKJ4


Video one shot one layer dihasilkan oleh kump 1 yang terdiri daripada Hidayah, Hayati dan Anne. Siapa sangka kawan-kawan saya pandai buat video macam ni..ditambah dengan editing warna warna lama2. Menggamit kenangan betholl. Saya bangga dengan kawan2 saya. ❤️


 Ini pulak sambungan daripada video one shot yang Cik Melati kongsikan..yang ini merupakan video one shot two layer.


Video ini dihasilkan oleh kumpulan kedua yang terdiri daripada Anis, Hapizah dan Akma. Wey!!!! Tahu tak siapa yg menyanyi kalini? Cik Melati la siapa lagi. Hahahahah. Sumpah saya malu. Tapi, demi assg Prof tercinta sanggup aku melalukannya juga.





Link: https://youtu.be/fzr52FpO44w

Wuishh depan2 pon dah nampak feeling betul aku ni..maafkan saya sbb over🥲. Lagu ni Cik Melati pilih sebab fall in love dengan lagu ni, Peluang kedua by Nabila Razali

Korang rasa saya boleh gantikan Nabila Razali tak lepas ni? 


Aku harap korang enjoy tengok video ni..


Okay yang ni merupakan video one shot terakhir iaitu video one shot three layer.


Video ini dihasilkan oleh kump 3 Diez yang terdiri daripada Alin, Vivian, Adilla dan Afiah. Okay ni paling gempak bagi aku..idea yang menarik utk rekod three layer ni..





Link: https://youtu.be/HmUyEmNzQhQ


Haa gempak kan? Dengan berlatarbelakangkan sawah padi sangat sesuai dengan pembawaan lagu Kain Pelikat nyanyian Anuar Zain dan Ellina. Memang sporting habis semua orang..mantappp!!!

Last sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada semua ahli Diez dan orang lain yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pembuatan video one shot one layer, two layer dan three layer. Tahniah✨✨


 

Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Strategi komunikasi digunakan dalam konteks rasmi dan bukan rasmi bagi tujuan menyampaikan maklumat dan dapat difahami oleh penerima dengan baik. Berikut merupakan pandangan tokoh berkaitan strategi komunikasi dan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.













BUKTI KEHADIRAN




   
                                                                      







Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 7- DOKUMENTARI HARI RAYA-DIEZ

RUJUKAN  : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum guyss..alhamdulillah pejam celik pejam celik sudah sebulan kita berpuasa. (tiba-tiba teringat lagu raya Iman Troye hahaha) Haa korang semua puasa penuh tak? Sebagai umat Islam wajib bagi kita menunaikan rukun Islam ketiga ni kecuali bagi mereka yang diberi kelonggaran atas sebab-sebab tertentu.


Kalini video tugasan yang diberikan oleh Prof agak sukar dan mencabar sebenarnya sebab kitaorang satu kumpulan kena menghasilkan video dokumentari? What?? Macam mana nak rekod video sama-sama kalau semua orang duduk asing-asing ada duduk Utara, ada duduk Selatan ada jugak yang duduk Sabah Sarawak. Jadi yang paling mencabar bila kitaorang kena hasilkan sebuah video yang dapat menunjukkan ada kesinambungan antara video-video yang kitaorang rakam tu. Ambik masa berhari jugak la nak fikir macam mana nak wujudkan transition, bincang punya bincang, maka hasil lah video raya dari kumpulan kami.  


Selamat menonton,,



Link : https://youtu.be/eMRKhtWxzpI








BUKTI KEHADIRAN


Monday, May 10, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

RUJUKAN  : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Hai hai hai..hahahah harini aku excited lebih.. korang bayangkan hampir berhari aku perah idea nk buat apa untuk tugasan kalini.. Masa mula-mula tu aku just fikir nak buat video order makanan ja tapi disebabkan aku malu nak record dekat luar tetiba datang idea why not aku buat video tentang skincare routine aku.. maklumlah aku baru beli ja semua tu setelah sekian lama aku tak tempek apa2 dekat muka aku sampai muka aku breakout sebab pakai mask ataupon orang panggil maskne. Ambik kau baru nak gelabah beli skincare nak jaga muka balik..Alhamdulillah since muka aku dah banyak pulih so aku terfikir untuk kongsikan produk-produk skincare yang aku guna tapi yang penting harga mampu milik ya sebab aku student lagu duit pon tak ada huhuhu.

Disebabkan barang-barang tu aku baru beli, aku pon start susun dekat meja lepastu terus ambik kamera start rakam dan Taraaaa terhasil lah video setempat aku.

Jadi sebelum tu, korang tahu tak apa maksud video setempat?

- Video setempat tu merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam tanpa berlakunya peralihan tempat dan terdapat suara latar yang merupakan suara individu. Selalunya orang menggunakan kaedah video setempat untuk dimasukkan ke dalam Istagram story.







Link : https://youtu.be/G9jeTFcocn4



Aku harap apa yang aku kongsikan harini dapat bagi manfaat dekat korang. Terima kasih. Btw jangan lupa nantikan video hari raya kumpulan DIEZ yang akan dipost beberapa hari lagi ;)







BUKTI KEHADIRAN


Saturday, May 1, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 5- SIMPULAN BAHASA-DIEZ

 Hai dan salam sejahtera semua pembaca setia Cik Melati. Jadi harini saya dan ahli kumpulan saya dikehendaki untuk buat tugasan berkaitan simpulan bahasa. Nak tahu apa yang menarik? Kitaorang kena tangkap gambar sendiri yang membolehkan pembaca mengetahui apakah simpulan bahasa yang ingin disampaikan. Haaa menarik bukan? 


Dekat bahagian bawah ni Cik Melati akan sertakan video serta link youtube berkenaan simpulan bahasa. Selamat menonton.







LINK YOUTUBE:  https://youtu.be/w_z5vFTrMXI


Saya harap agar kalian semua yang menonton video ini sedikit sebanyak peroleh manfaat dari perkongsian ini ;)

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 1.  BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GR...